"elok untuk sarapan pagi" "elok ketika lapar" "sesuai ketika kebosanan" "sesuai untuk bayi" "sesuai untuk orang putus cinta" DAN "amat sedap bila dapat free"
perwiraku!!
Saturday, February 26, 2011
Kerja Pandai..haha
Persamaan Aneh 2 Presiden
- Kedua-dua ini merupakan bekas presiden Amerika Syarikat.
- Abraham Lincoln masuk kongres pada tahun 1846,John F.Kennedy masuk kongres pada 1946.
- Abraham Lincoln Jadi presiden pada tahun 1860,John F.Kennedy jadi presiden pada tahun 1960.
- Keduanya sangat mengambil berat hak-hak sivil.
- Kedua isteri mereka kehilangan anak saat berada di Rumah Putih.
- Kedua-deua presiden ditembak pada hari Jumaat.
- Kedua-dua presiden ditembak di kepala.
- Setiausaha Lincoln bernama Kennedy.
- Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
- Keduanya dibunuh oleh orang dari daerah selatan.
- Keduanya digantikan oleh orang selatan bernama Johnson.
- Andrew Johnson menggantikan Lincoln,lahir pada tahun 1808.Lyndon Johnson pula menggantikan Kennedy lahir pada tahun 1908.
- Pembunuh upahan John Wilkes Booth dikatakan membunuh Lincoln dan lahir pada tahun 1839, sementara itu Lee Harvey Oswald yang membunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
- Kedua-dua pembunuh terkenal dengan tiga namanya.
- Nama keduanya terdiri dari 15 huruf.
- Lincoln ditembak di teater bernama 'Ford',Kennedy tertembak di kereta berjenama 1 'Lincoln' dibuat oleh 'Ford'.
- Lincoln ditembak di teater dan pembunuhnya bersembunyi di gudang,manakala Kennedy ditembak di gudang dan pembunuhnya bersembunyi di teater.
- Booth dan Oswald terbunuh sebelum diadili.
- Seminggu sebelum Lincoln ditembak,dia berada di Monroe,Maryland dan seminggu sebelum Kennedy ditembak,dia bersam Maryland Monroe.
Sarapan Pagi yang Mahal
Kereta Baru Aku.....
Friday, February 25, 2011
tertekan!
Kau Masih di Hatiku..............................
Melaka!
x banyak gambar aku ambik pasal aku x suke bergambar..segelintir je la.hehehe.pape pn,pasni aku pasti akan ke melaka lagi.memang menarik dan cantik,nak naik kapal!!nak naik kapal!
Friday, February 4, 2011
Cerita Serius!
Hadiah Cincin Berlian
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."
Kisah Mat Rempit
Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.
Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,
Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.
Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.
Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.
Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?
Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!
Kahwin Lain
Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”
Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”
Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…
Rizal yang Insaf
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".
Aktiviti di Kampung
Main Mesin Pemotong Kepala
Hanya seseorang yang badan tegap,kacak dan berjiwa besar je boleh melakukan tugas memotong rumput ni.Tengoklah contoh kat atas tu,camtu lah sebenarnya seorang pemotong rumput yang berkaliber dan berjaya.
Thursday, February 3, 2011
Keboringan Tahap Gaban!
The Green Bee-"Lebah Hijau"
Jalan-jalan cari Angin,buang angin!
Apa yang seronok,kat sini ramai budak-budak yang balik kampung diorang(selancar ni la) yang kebanyakan mak bapak diorang keje bandar kelihatan sangat pelik bila berada di selancar ni.Aku tengok diorang seronok semacam je,jumpa aya terjerit-jeri,jumpa itik lagi menjerit,jumpa kambing MasyaAllah,macam x pernah jumpa kambing..Biasala kan orang bandar.hahaha.Kebanyakan budak-budak kat sini semuanya cucu-cucu peneroka Felda ni.Aku ni boleh dikatakan anak jati selancar la,semau selok belok selancar aku tw.
Zaman-zaman muda mudi
Zaman kanak-kanak aku memang lama gak la.Seingat aku masa umur aku 5 tahun mak aku da lepaskan aku bergaul dengan kawan tanpa pengawasan mereka.Biasa la kampung kan,mane ade orang nak culik.haha.Masa zaman kanak-kanak dulu,setiap permainan yang dimainkan mengikut musim dan berubah-rubah.Aku ingat aku suka main gasing gak masa tu.Main gasing ni best bukan ape sebab boleh pangkah gasing member kita.Aku ni dulu champion gasing kt kampung aku(pernah kot).Gasing ni banyak jenis cara main die,main pangkah,main sapa paling lama pusing main geng dan macam2 lagi.Tp kenangan yang x leh dilupakan ialah masa aku darjah tiga,"kulit lebih" aku dipotong oleh tok mudim.Masa tu plak musim budak-budak tengah ligat main gasing.Aku gian gila nak main,hari kedua lepas sunat tu,aku pakai seluar terus pastu terus join main gasing.Mak aku x tw pn.haha.Masa tu ramai gak sebaya aku sunat dan ramai gak yan macam aku,gian sangat then join sama gak.Ha,masa main ni lah berlaku kejadian yg x diingini,"anu" member aku yg sama cam aku telah terkena gasing terbang..hahaha..ha,meraung la die,tu la,spe suh nak main gak.haha.Tp xpe,sekarang ni aku tengok die punye gak yang power,x cacat pn.hahaha.
Ha,ni pulak permainan yang paling seronok dan x bosan untuk dimainkan.Aku rasa aku pernah main sampai malam kot.MAIN GULI!!hahaha..Main guli ni memang mencabar kehebatan seseorang.Guli memerlukan kemahiran atau kehebatan menuju sasaran dengan tepat.Aku memang suka main ni sebab aku tw sejak dari ayah aku lagi family aku memang champion kalau main sasaran ni.Pernah banyak kali aku berjaya mengumpul guli sampai beribu-ribu dan pernah juga aku bangkrap.Kalau korang nak tw,guli ni pn ade bermacam-macam jenis cara main,main jepun,main pulun(pungut),main lubang and macam2 lagi lah.banyak sangat,aku pn da lupa la..
Dan kemuncak segala permainan,bila kitorang semua da penat,panas dan letih,kitorang akan menuju ke sungai Selancar 3 untuk mandi manda.Time tu ade tempat dalam n cetek.Seingat aku,aku pandai berenang masa umur aku 10 tahun dan sejak tu aku memang mandi kt tempat dalam je la.Sebelum tu mandi kt tempat paras dada ayam je.hahaha.Buaya?mane ade buaya kt sini,ikan banyak la,sambil mandi sambil mancing.Memang best.
Wednesday, February 2, 2011
Susah Ke Senang Jadi Babysitter?
So,aku pn terima la tugasan ni,aku jaga dengan ikhlas hati.Mula-mula aku ingat senang je jaga baby sebab aku ingat bagi je la susu kt die konfem die tido punye lah tp ni lain punye cerita.Baby ni kalau tido aku memang seronok tp kalau die terjaga konfem aku x seronok.Pasal apa?pasal die ni kalau bangun mesti nak susu..Aduh!aku da la malas nak buat susu baby ni,xtw nak sukat berapa banyak susu and air panas.aku bantai ngn air sejuk je.hahaha.elok juga aku tengok die minum.haha.Lagi satu,kalau bangun pastu nangis pastu bagi susu pun nangis jugak,,ha,x lain x bukan,konfem berak la tu.Ah!lantak ar,aku x kan basuh berak baby sampai la mak aku balik..hahaha.sekadar melihat di celah pampers je bentuk taik baby ni.hahaha.
Tp dalam susah senang menjaga baby ni,aku tetap rasa seronok gak.Bukan apa,baby kan kecik,cute..kulit pn lembut.seronok ar pegang,main kulit die,cium-cium die.geram!!!Aku paling suke main ngn baby ni lepas die mandi.aku memang suke giler..nak taw kenapa?sebabnya baby ni kalau lepas mandi wangi giler.nak2 lagi bila diletak minyak cina tu,minyak yuyi cap limau.memang harum semerbak.Bila da bau camni,konfem aku kacau la baby ni.selagi die x nangis selagi tu aku kacau die.memang comel!!hahaha
Walaupun ini bukan lah pengalaman pertama aku menjaga baby ni tp aku sememangnya akan menolak bila disuruh jaga baby.Oleh disebabkan terpaksa lah,aku jaga gak.Baby memang kuat tido.sehari aku rasa baby perlukan 12-14 jam untuk tido(ye kot).Time die tido ni lah time paling seronok buat ibu2 kerana time ni lah mereka nak berehat,buat kerja sendiri,memasak dan macam2 lagi.Walaupun kehadiran baby ni membuatkan banyak masa kita menjadi terhad namun kehadiran mereka ni lah pelengkap sebuah keluarga yang bahagia dan lagi satu,orang perempuan memang perlu ade setiap masa disaat baby dilahirkan..hahaha.Hargailah mereka.
Reaksi artis tentang seksi?kalau ikut agama x myself lah saya..
Riba' atau tak?
Tp pada suatu hari,masa ni aku ade kelas ngn lecturer aku,Ustaz ni,ade PHD perubatan islam,dia ajar TITAS(tamadun islam).Ustaz ni memang banyak citer ar,memang seronok kelas ngn die,x ngantuk,x boring dan x lapuk dek hujan.Tiba-tiba die bukak citer pasal loan kete lah,loan rumah lah dan bermacam-macam lagi loan yang dibuat oleh bank-bank di Malaysia.Korang nak tw x ape die cakap...Pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh pihak bank ni kebanyakannya mempunyai unsur riba'.Aku tanye ustaz tu,macam mane ade unsur riba' plak ustaz?Die jawab dengan tenang,pinjaman yang bank bagi tu kan mempunyai interest(bunga) apabila kita nak bayar balik dan bunga yang dikenakan sangat tinggi.Ade la dalam beberapa peratus entah.Selain bunga,bank ade jugak mintak beberapa lagi fees spt processing fee dan cukai perkhidmatan.Sepatutnya cukai perkhidmatan yang bank mintak tu pn da cukup banyak lepas tu ade ke nak letak interest lagi..ha,tu la yang dikatakan riba'..ooooooo..
Lepas tu,aku tanye ustaz beli kete camne?hahaha(aku saje nak bagi die x terjawab)..Ustaz tanya aku balik,awak tengok saya pakai kete ape?aku jawab,kete honda yang buruk tu..hahaha..ustaz pn bagitw die beli kete honda buruk die tu dengan harga RM10 ribu je dan die beli cash and carry..fuiiyoo..kaya ustaz.haha.Die ceramah kt kitorang,kalau nak beli kete ke kumpul duit dulu dan bila da cukup beli cash terus.hahaha.Ha,pastu member aku tanye,kete toyota corrola altis yang ustaz jarang pakai tu beli camne?hahaha..Die jawab dengan tenang lagi,kete tu bukan die punya,kete tu pak sedare die punye yang belajar kt oversea..die tolong jaga dan pakai je.haha.
Tidur Sakan
Assalamualaikum sahabat....
1 Juta..............
Ha,sape2 yang berminat nak cukupkan satu juta sila lah join group kt atas ni,aku sediakan link sekali..hahaha..semua yang aku tengok kt atas ni,xde satu pun yang sampai 1 juta,100 ribu pn susah nk dapat..ape la korang ni,support la group yang di cipta oleh admin-admin yang hebat tu..hahahaha.
Kita Satu Bangsa Kita Satu Negara
Hayatilah lagu ni.memang best...
Budak-budak Lim Kok Wing punya kerja.kreatif dan inovatif.
Kita satu bangsa kita satu negara,kita satu matlamat....ooooo..
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati
Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia