
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan dan pada tahun 2011 ni nama haiwan yang bertuah ialah Rabbit(Arnab).
Arnab (兔) ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang arnab dilambangkan oleh dahan duniawi 卯. Dalam versi Vietnam bagi zodiak ini, bintang arnab diganti oleh bintang kucing.Sifat-sifat untuk orang yang lahir tahun arnab ni:

Sifat | |
---|---|
Kedudukan zodiak | ke-4 |
Waktu naungan | 5 – 7 pagi |
Mata angin | Timur |
Musim dan bulan | Musim bunga, Mac |
Bulan qamari | 6 Mac hingga 4 April |
Zodiak Barat yang bersamaan | Pisces |
Polariti | Yin |
Sifat positif | Peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, berjiwa seni |
Sifat negatif | Tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, hipokondria, naif, pengecut, mudah terpedaya |
Paling serasi | Khinzir, Kambing |
Sederhana serasi | Anjing, Arnab, Ular, Kuda |
Tidak serasi | Naga, Tikus, Ayam, Lembu, Kera, Harimau |

No comments:
Post a Comment