perwiraku!!

Sunday, January 23, 2011

Kesal dengan Nik Aziz?.Apsal?

Lebih 2,000 penduduk sekitar Kampung Sabak di sini terpaksa menggunakan jalan berlubang dan berbatu kerikil saban hari sambil mendakwa ia gara-gara sikap pihak berkuasa negeri yang tidak mengambil sebarang tindakan biarpun beberapa aduan telah dibuat.

Lebih teruk lagi, jalan berkenaan terletak di bawah Dewan Undangan Negeri kawasan Cempaka yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lantaran itu, sekumpulan penduduk mengadakan perhimpunan secara aman semalam bagi meluahkan rasa kecewa.

Mereka mendakwa tiada mana-mana pihak termasuk Nik Aziz sendiri mempedulikan nasib mereka yang terpaksa berhadapan dengan masalah jalan rosak sejak lima bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan, Em Ahmad Rasydan Mohd. Khir berkata, jalan tersebut menghubungkan beberapa kampung berdekatan antaranya Kampung Sabak, Kampung Pulau Gajah dan Kampung Tanjung Kuala.

Katanya, kerosakan itu menyebabkan aktiviti harian penduduk terjejas selain mengancam keselamatan orang ramai terutama pelajar sekolah yang menggunakan jalan tersebut untuk ke sekolah.

"Jalan ini sudah lama rosak. Ia menjadi lebih teruk selepas musim hujan baru-baru ini. Kami sudah bawa masalah ini kepada pihak berwajib tetapi sampai hari ini tiada apa-apa tindakan diambil.

"Apa yang dibuat hanya menabur batu kerikil tetapi yang hairannya tidak diturap," katanya ketika ditemui.

Tambahnya, permukaan jalan akan menjadi lebih teruk jika ia tidak dibaiki sepenuhnya dan pengguna pula sudah pasti akan semakin terdedah kepada bahaya.-kosmo-


hahahahaha...penduduk kampung ni x sabar2 betul la..Nik Aziz sibuk la,mane tw die ade ceramah agama ke,org nk kursus kawin ke org nk berubat and macam2 lagi lah..lagipun,buat apa bagitau dia,oyak la ke JKR,mane mampu Nik Aziz nk buat semua tu sensorang..ha,aduan rakyat ade,bagitau je la,nt karam sing "orang gila" tolong la..tolong apa??.....tolong kutuk!..haha.cibai punya sing...

bersyukur je la ngn jalan yang da ade tu.ade banyak lagi kawasan yang jalan pn xde langsung.

No comments:

Post a Comment