perwiraku!!

Saturday, January 22, 2011

Tobat x mau Isap rokok dah pasni....

Aku ni sorg perokok dan masih lg merokok walaupun baca kisah ni sebab kisah ni xde kne mengena ngn aku pn..buat ape aku nk peduli!lantak ko la.


Menghisap rokok terpakai (second hand smoking? LOL) ialah masalah yang sering dihadapi orang tak merokok bila pergi ke kedai mamak. Asap rokok yang dihempus penghisap silinder kanser memang annoying dan baunya melekat pada tubuh. Bagi golongan perokok baunya mungkin tidak tengik tapi sebaliknya bagi non smokers. Hari ini anda akan mendengar cerita WTF dari New York

Russell and Amanda Poses , sepasang suami isteri beranak 2 mahu menyaman jiran merekaHarry Dale sebanyak USD 2 Juta. Sebabnya mereka mengatakan asap curut yang dihisap Harry dan isterinya memasuki apartment mereka dan menjadikan mereka second hand smokers. Harry walaubagaimanapun mengatakan keluarga Poses menipu. Harry telahpun memasang 3 penapis udara dan memanggil pakar bagi memastikan asap curut yang dihisapnya tidak menerjah masuk ke aparrment keluarga Poses.




Di New York, menghisap rokok di bar, pub, restoran, tempat kerja dan tempat awam sudahpun diharamkan. Harry Dale merasakan saman yang dikenakan keatasnya adalah tak masuk akal. Jika dirumah pun beliau tak boleh nak merokok mana lagi? Harry percaya alasan second hand smoking itu hanyalah untuk mengusir beliau dan isteri dari apartment milik mereka.




Saman USD2 Juta yang difailkan keluarga Poses adalah kerana "
kesengsaraan emosi dan masalah kesihatan yang timbul". Keluarga Poses meminta ganti rugi USD 500K untuk setiap ahli keluarga mereka yang diganggu asap curut Harry Dale. Harry Dale dipetik berkata;

'Di kata anak dia ada asthma. Saya rasa anak dia hanya terdedah kepada asap cuurut terpakai amat minimal. Asap ekzos bas yang ada di New York ini lebih bahaya dari asap curut yang dihispa saya!.'

Gila USA ni. Semua nak saman

No comments:

Post a Comment