perwiraku!!

Wednesday, February 2, 2011

Menarik Mengenai Gigi


  1. Ikan lumba-lumba menggunakan gigi mereka untuk memahami saja, bukan untuk mengunyah kerana rahang ikan lumba-lumba tidak memiliki otot.
  2. Setiap tahun, pada 20 September merupakan hari cuti umum di China, hari tersebut merupakan "Hari Cintakan Gigi ". Hebat x diorang?
  3. Berat gigi geraham gajah hampir 4 kilogram dan saiznya hampir 7 "persegi.
  4. Di Jerman, pada Abad Pertengahan, mencium keldai adalah satu-satunya rawatan untuk sakit gigi.
  5. Orang Yunani zaman Purba adalah orang yang pertama menemui tang/pliers gigi
  6. Di Amerika Syarikat, wanita pertama yang mendapat ijazah doctor pergigian ialah Lucy Hobbs dari Ohio college of Dental surgery pada tahun 1866.
  7. Anda dapat menghasilkan lebih sepuluh ribu galon air liur sepanjang hidup anda.
  8. Anda mengambil 26 kalori dari jumlah keseluruhan kalori dalam badan hanya untuk satu minit ciuman.
  9. Ikan jerung mempunyai tiga baris gigi tajam di kedua-dua rahang mereka dan mereka boleh menukar hampir empat puluh set gigi dalam seluruh hidup.
  10. Enamel yang melindungi gigi anda merupakan tisu yang paling keras dalam badan kita.
  11. Kebanyakan orang lebih suka menggunakan berus gigi warna biru daripada merah!
  12. Tidak seperti manusia, sekiranya seekor buaya kehilangan satu gigi,gigi yang baru akan tumbuh dengan cepat untuk menggantikan gigi yang hilang.Fuh!tajamnye.
  13. Berus gigi anda menggunakan 2500 bulu yang dikumpulkan dalam 40 jonjot.
  14. Sebenarnya, bulu berus gigi diperbuat dari bulu lembu.
  15. Karies gigi adalah satu penyakit kronik yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
  16. Benang gigi komersial pertama dibuat pada tahun dari 1882
  17. Menurut Guinness World Records 2002, Sir Isaac Newton memiliki gigi yang paling berharga sepanjang zaman, giginya Berjaya dijual dengan harga $ 3,633.00 pada tahun 1816. Selain itu,giginya juga dibuat cincin.
  18. Plak gigi anda mengandungi lebih 300 spesies bakteria.
  19. Jumlah gigi haiwan sangat menakjubkan, anjing mempunyai 42 gigi, kucing mempunyai 30 gigi, babi mempunyai 44 gigi, dan armadillo mempunyai 104 gigi.

p/s:sape2 rasa gigi die mahal,try la jual kt pasaran gelap.sekarang ni orang bukan setakat jual beli organ,gigi pn orang cari..haha

No comments:

Post a Comment