perwiraku!!

Sunday, January 23, 2011

Rahsia kecantikan wanita di seluruh dunia

Perempuan di setiap negara punya rahsia masing-masing untuk mengekalkan kecantikan mereka. Rahsia turun temurun ini bolehlah dicuba oleh semua wanita!

1. Australia
http://www.und.edu/org/soaringeagleprairie/2005/identifyingplants/prairieplantpages/white/yarrow/images/yarrow2.jpg
Perempuan di pedalaman Australia khususnya suku Aborigin memiliki istiadat ritual menggunakan akar bunga yarrow untuk menghilangkan dan mencegah stretch mark/parut pada kulit. Esktrak akar ini juga mampu menjadikan kulit lebih lembut dan mengurangkan bengkak.


2. Republik Dominica
http://www.gamexeon.com/forum/imagehosting/200000/99/99794b36e950c83a3.gif
Perempuan dari negara ini mempunyai kuku yang sihat dan kuat. Rahsianya? Bawang putih! Haluskan bawang putih dan letakkan dalam botol kedap udara selama 7-10 hari. Selepas itu bawang putih boleh digunakan untuk bumbu makanan sekaligus untuk maskara kuku (agar mengilap dan kuat).


3. Perancis
http://www.fruitacresfarms.com/cherry/Sour%20Cherry%20on%20tree.jpg
Perancis terkenal dengan perempuan yang suka menjaga kecantikan ke salon. Mulai dari facial treatment sehingga massage dan merampingkan badan. Cara lain? menggunakan campuran buah Cherry dan Delima. Haluskan dan renjiskan pada wajah. Biarkan selama 5-6 minit. sekarang kulit korang akan jadi lebih cerah dan lembab.


4. Yunani
http://sehatmusehatku.files.wordpress.com/2009/10/omega3.jpg
Kulit perempuan Yunani adalah jenis kulit yang paling baik yang pernah ada di dunia ini. Mereka memiliki pigmen kulit yang bagus dan tidak mudah terkena serangan vlek akibat matahari. Rahsianya? Mereka suka makan ikan dan mengkonsumsi minyak ikan yang kaya dengan omega 3 dan 6 yang baik untuk keanjalan dan kekenyalan kulit. Rahsia lain? Guna minyak zaitun atau makan buahnya.

5. Israel
http://2.bp.blogspot.com/_r4EcKbfVw4A/Sa3sWHpehII/AAAAAAAAAF8/8mTKbZfk19M/s400/lulur+scrub.jpg
Perempuan Israel sering melakukan istiadat detoks untuk membuang racun dalam tubuh mereka. Caranya? campurkan 1/4 mangkuk garam (laut) mandi, 1 hujung senduk bubuk rumpai laut, 1/2 cangkir minyak zaitun dan 10-15 titis minyak lavender. Voila, buat sebagai lumuran seminggu sekali.

6. Itali
http://4.bp.blogspot.com/_Zg1t2ANJApM/SxIqs2NAKRI/AAAAAAAAAFo/tz4Ax_Zyl2M/s1600/big-yogurt.jpg
Rambut yang cantik? Ya, perempuan Itali contoh yang terbaik. Caranya?Campurkan 1 cangkir yogurt tawar, dengan 1 senduk teh minyak zaitun. Basuh pada rambut dan biarkan selama 5 minit. Bilas dengan air sejuk.

7. Jepun
http://www.albanygatokyo.com/sushi.jpg
Jepun? Rahsianya rumpai laut dan ikan! Dua jenis makanan ini akan menstimulasikan kulit dan membuat kulit tetap kenyal, sehat dan cerah serta anjal.

8. Sepanyol
http://www.uscranberries.com/images/health/cranberry_heart.jpg
Perempuan Spanyol juga memiliki rambut yang cantik. Mereka rajin mencuci rambut mereka dengan ekstrak jus cranberry.

9. Sweden
http://www.irlaiks.lv/images/upload/health/945571/girls-in-sauna.jpg
Kulit bersih bersinar dan cantik adalah milik perempuan dari Sweden kerana mereka sentiasa mengikut diet buah dan ikan. Selain itu mereka juga rajin mandi sauna. Untuk melembabkan kulit boleh menggunakan sauna dengan aroma teh hijau dan campuran minyak daun ekaliptus yang ditambah minyak zaitun.

*Untuk laki akan menyusul..

No comments:

Post a Comment