perwiraku!!

Saturday, February 26, 2011

Kerja Pandai..haha

Ni la die padang IPG kampus Tun Hussein Onn.Hanya menggunakan alam semula jadi je untuk dijadikan trek..xperlu la nak pakai turf-turf bagai tu.bazir duit je....Tiap tahun ni lah kerja aku sekelas,akan menjaga kecantikan padang ni.Tp tahun ni kerja kitorang menjadi ringan sikit sebab dapat bantuan dari senior-senior aku yang ade gerko olahraga..diorang la tolong gelek minyak itam kat atas rumput ni..hahaha.



Ni lah hasilnya,cantik kan?
Hasil penat lelah berminggu-minggu siap gak padang ni untuk dijadikan trek.




Ha,kat bawah ni gambar ape?hahaha..ni la die padang bola sepak dan trek..Nampak x line hitam kt tengah-tengah tu?ha,tu la kerja yang dilakukan oleh sorang budak yang pandai dan rajin.Bukan setakat line padang,line bola sepak pn die buat gak.


cantik je aku tengok line tengah tu.haha

Tp kenapa sikit je die buat?hahahaha..dak tu bukan malas nak buat semua tp terdapat halangan dari pihak atasan.kalau boleh die nak siapkan line bola sepak ni terus tp tu lah,hajat die x kesampaian..
Bukan setakat x leh buat semua,budak ni diarahkan untuk memadam balik line yang dah dibuat tu,aku pn x tw kenapa tp kesian la aku tengok dak tu,die kena cangkul balik line yang die buat td untuk hilangkan kesannya..hahaha..
Pape pn,tahniah la kt budak tu,die berjaya padam balik line tu tp masih lagi nampak...haha.

Kesian,kesian...........

Persamaan Aneh 2 Presiden

John F. Kennedy


Abraham Lincoln


  1. Kedua-dua ini merupakan bekas presiden Amerika Syarikat.
  2. Abraham Lincoln masuk kongres pada tahun 1846,John F.Kennedy masuk kongres pada 1946.
  3. Abraham Lincoln Jadi presiden pada tahun 1860,John F.Kennedy jadi presiden pada tahun 1960.
  4. Keduanya sangat mengambil berat hak-hak sivil.
  5. Kedua isteri mereka kehilangan anak saat berada di Rumah Putih.
  6. Kedua-deua presiden ditembak pada hari Jumaat.
  7. Kedua-dua presiden ditembak di kepala.
  8. Setiausaha Lincoln bernama Kennedy.
  9. Setiausaha Kennedy bernama Lincoln.
  10. Keduanya dibunuh oleh orang dari daerah selatan.
  11. Keduanya digantikan oleh orang selatan bernama Johnson.
  12. Andrew Johnson menggantikan Lincoln,lahir pada tahun 1808.Lyndon Johnson pula menggantikan Kennedy lahir pada tahun 1908.
  13. Pembunuh upahan John Wilkes Booth dikatakan membunuh Lincoln dan lahir pada tahun 1839, sementara itu Lee Harvey Oswald yang membunuh Kennedy lahir pada tahun 1939.
  14. Kedua-dua pembunuh terkenal dengan tiga namanya.
  15. Nama keduanya terdiri dari 15 huruf.
  16. Lincoln ditembak di teater bernama 'Ford',Kennedy tertembak di kereta berjenama 1 'Lincoln' dibuat oleh 'Ford'.
  17. Lincoln ditembak di teater dan pembunuhnya bersembunyi di gudang,manakala Kennedy ditembak di gudang dan pembunuhnya bersembunyi di teater.
  18. Booth dan Oswald terbunuh sebelum diadili.
  19. Seminggu sebelum Lincoln ditembak,dia berada di Monroe,Maryland dan seminggu sebelum Kennedy ditembak,dia bersam Maryland Monroe.

Sarapan Pagi yang Mahal

Biasanya cuti hujung minggu camni aku bangun pukul 12-1 tp hari ni mood aku x bape nak ok,aku bangun awal..pukul 7 aku da siap..hehehe.
Cam biasalah,kalau da bangun pagi ni perut mesti la lapar kan..da la sensorang plak tu bangun awal camni.Maktab aku ni cam xde orang time cuti ni.semua duk membuta lagi.
Aku pn g pinjam la motor member,nak g jalan-jalan and tengok keindahan pagi kat Batu Pahat ni.,
Terkejut aku,kat padang ade beberapa orang gadis sedang berlari,latihan untuk KTP kot..hahaha..
Aku teruskan perjalanan kekedai.Terserempak plak ngn dak-dak RBT 3 nak g camping ke mandi manda entah,satu kelas tu g,laki pompuan..best gak.
Akhirnya aku sampai kedai yang aku nk g.

MADU TIGA!!


nasi lemak n milo 0

pinggan n milo 0 suku


Lapar sangat kot aku,licin aku makan..
aku nak cakap sikit harga die,nasik lemak sambal sotong,telur mata ngn milo 0=Rm4
Mahal!!hahahaha..
tp memang sedap la..kihkihkihkihkih.......

Kereta Baru Aku.....

Semalam aku g survey kete kat area batu pahat ni,nak cari kete yang murah-murah je la..
BP ni sebenarnya banyak kedai kete,memang rambang mata jugak lah nak pilih kete..aku nak second hand je,klu baru x mampu la nak beli.Hampir sehari gak la aku survey kete kat BP dan akhirnya aku x berkenan langsung nak beli kete kat sini..hmm...kete kt BP bukan x cantik tp aku x minat,ade civic type R(Rm400 je),BMW 5 series,3 series(dalam Rm500 lebih ar),Inspira(Rm200 je) and banyak lagi.semua ni aku x berapa minat ar.


Then,pada hari tu jugak,aku bercadang nak g survey kete kt tempat lain..Tempat tu xde la jauh sangat,sekejap je sampai.Survey je kete kat sane,terus aku berminat ngn satu kete ni,memang cantik,sporty dan nampak laju.haha.walaupun ni kete baru tp aku rasa harga die amat berpatutan lah.baru Rm122 ribu..murah la tu...

Ha,ni die kete aku,Chevrolet...

Jauh perjalanan aku nak cari kete,akhirnya aku jumpa kete ni kat Los Angeles,USA..xpela,berbaloi gak usaha aku,niat aku memang nak cari kete pn.Kete ni aku oder malam td and die post terus sampai depan bilik aku pagi tadi.terus aku ambik gambar..

Sape-sape yang nak sewa kete baru aku ni,datanglah bilik.Alah,10 hinggit je sejam,bukan mahal pn.

Friday, February 25, 2011

tertekan!

beginilah pemandangan iptho dari bilik aku...
nampak semuanya..hehe..

hok ni asrama laki sebelah blok aku..

hahaha..kalau korang nak tw,dari bilik aku ni,aku leh nampak asrama pompuan..hehe
sape0sape yang kuar dating ke memang jelas nampak kelihatan dari bilik aku..syok gak skodeng dari sini.

Kesimpulannya,aku tengah bosan petang ni..........thank you..

Kau Masih di Hatiku..............................

aku sebenarnya boring ar,da lama gak la rasanya hidup berseorangan tiada berteman.
dalam sunyi-sunyi ni,roomate plak g keluar,memang aku suka la mengelamun,teringat zaman lampau,banyak pahit manis yang aku lalui.bila teringat,perasaan menyesal tu pn kadang2 menyusul..ish!.......apsal ha?......

Rasanya da lama aku lalui kisah ni,4 tahun yang lalu tp sampai sekarang aku masih teringat.sayang lagi ke?........entahla......

mungkin betul gak apa kata Akoi(rumate aku),kalau ko penah berkasih masa dulu2,mesti ko akan rasa hidup ko x complete kalau ko single sekarang..hahaha..betul3...tension,boring,sunyi tanpa deringan henset,..

Hai,nasib,nasib...mujurlah aku ade kawan2,bleh ar lupakan sekejap kisah lama..sekejap je la,bukan lama pn..tido x basah,makan x lena,mandi x kenyang..semua serba x kena..mak,carikan bini untuk aku!!

Melaka!

Tanggal berapa hari bulan ntah aku pn xtw,aku g melaka(ni pun nak bising)..haha..ni la first time aku berjalan melaka secara betul2nye tw x..biasanya aku just lalu highway je..kehkeh.memang banyak tempat la aku g melaka n semuanya sangat menarik.aku cuma sempat g beberapa tempat yang aku rasa nak g je sebagai contoh bawah ni,ni kt perigi hang tuah..

ha,kt perigi hang tuah ni,aku sempat ar ambik air die ni..aku n the geng ambik air ni siap baca selawat lagi tw x,pastu kitorang cuci muka.. tp aku x leh tol ngn penduduk tetap kt cni,kitorang punye la beria-ia ambik air die untuk kehenseman mamat kt situ dengan selamba je ambik sebaldi air perigi pastu simbah motor die.ces!

x banyak gambar aku ambik pasal aku x suke bergambar..segelintir je la.hehehe.pape pn,pasni aku pasti akan ke melaka lagi.memang menarik dan cantik,nak naik kapal!!nak naik kapal!

Friday, February 4, 2011

Cerita Serius!

Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."


Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!




Kahwin Lain

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…



Rizal yang Insaf

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


KLIK SINI UNTUK LEBIH KISAH LUCU..HAHAHAHA

Aktiviti di Kampung

Hari ni hari jumaat,esok hari sabtu dan kemudian hari ahad.Hari ahad aku x berapa suke la nak-nak bila ahad minggu last cuti.Letih dan penat ar nak balik semula ke maktab. Walaupun maktab adalah tempat yang menentukan masa depan aku tp bla da berada kat umah terlalu lama,jiwa ni automatik rasa x best,x tenang and malas nak kembali kesana.Tp nak xnak aku terpaksa balik jugak.

Dan seperti biasa la,sebelum aku akan ke maktab tempat menuntut ilmu,aku akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan masa yang sedikit ni dengan melakukan aktiviti di Selancar yang indah ni.Sejak mula cuti ari tu,aku x kuar umah langsung sebab hujan la.Dan sekarang dah 4 hari berturut hujan xda mari,aku akan bersiar-siar seluruh selancar termasuk selancar 1,2,3 hingga selancar 10.

Untuk melengkapkan sisa-sisa keseronokan aku di Selancar ni,aku akan join belia-belia felda selancar dengan aktiviti riadah diwaktu petang.setiap petang diorang ni akan main bola,sepak takraw and golongan emas juga x lepaskan peluang,diorang pn turut sama memenuhi stadium selancar 3 dengan bermain petanque.Kalau nak main bola,mane cukup angin orang-orang emas ni.haha.

Sebenarnya,kt kampung ni banyak aktiviti la,banyak la dengar cerita felda ni kawasan penagih dadah lah,kes khalwat lah dan macam-macam lagi prasangka buruk orang terhadap kami ni.Tp sebenarnya disinilah tempat belia-belia yang "tanam anggur" memupuk nilai-nilai murni yang baik.Tiap petang mane ade aktiviti melepak,main motor.Selancar sekarang ni banyak perubahan,aku bangga jadi warga disini.

Aku suka anak muda sini,ramai jugak yang pergi masjid x kira waktu solat,pagi petang siang malam konfem ade orang muda g masjid.X perlu la berprasangka buruk terhadap belia di felda,mereka juga ada wawasan.Ha,selancar 3 ni ade 2 orang wakil belia yang dah dilantik jadi imam besar,masa solat tarawikh diorang la imamkan.

Jadi,orang kampung x risau da dengan generasi yang akan datang sebab ade dah yang berkebolehan.setiap kali kenduri,kalau ade marhaban,orang-orang muda jugaklah yang lead marhaban tu.Sedap je aku dengar,merdu mendayu-mendayu.

Hehehehehe....kalau boleh aku nak jadi gak salah seorang yang berkebolehan camtu tp masa aku x lama disini,aku hanya akan ada kt sini time cuti je.So,aku akan ikut mane yang berkesempatan je. Malam ni ade futsal tournament dan aku pn join sekali.Pasukan aku mesti menang sebab aku kan hebat.hahahaha.Manakala esok pulak ade friendly bola sepak antara belia selancar 3 dengan cikgu-cikgu sekolah.hahaha.memang lauk la cikgu-cikgu sekolah tu.Selancar3 ni merupakan pasukan bola sepak yang terkuat di zon chanis ni(selancar dalam zon chanis).

Jadi,petang ni aku akan turun bermain dan berlatih bola sepak bersam mereka.Kepada sape-sape yang berminat nak menonton friendly ni,jemputlah datang ke stadium selancar 3 ni,tiket free je tp kalau nak bayar pn boleh gak.Ha,kalau nak tengok live,bukak astro arena,pukul 5.30 petang esok ea.Mungkin ade live kot,kalau xde tu,astro arena x mampu la tu nak bayar sewa kat selancar 3.Biasalakan,friendly international ni.hahahaha.akhir kata,sokonglah team selancar 3 dan majulah sukan untu Felda.

-Goodluck semua-


Main Mesin Pemotong Kepala

Letih!!tu lah ungkapan aku setelah bertarung 2 jam dengan rumput.hahaha..Aku memang x leh duduk diam la kalau duduk kat umah.Kalau boleh aku nak buat keje.hehehe.tp jangan la bagi aku keje jaga baby,masak,basuh baju or kemas umah.Aku just suke keje yang outdoor je.Salah satunya ialah mesin rumput.Aku memang suka giler mesin rumput.
Kalau korang nak tw,aku bangun pagi tadi pukul 8 lepas tu aku terus cari mesin rumput.X yah basuh muka or ape-ape,hahaha.

mesin yang baru beli

Bab-bab mesin rumput ni memang mainan aku je.Start dari rumput tu baru lahir sampailah sekarang da besar aku je yang kejekan diorang.Orang lain x leh sentuh(padahal memang keje aku pn)
Ha,tengoklah kawasan umah aku tu,rumput semua da besar-besar,tinggi melebihi tinggi adik aku.Rumput tu nampak kecik sb dalam gambar.haha. Aku bermula dari halaman depan umah aku tu,yela,kawasan orang lalu lalang kena la jaga kekemasan.Dan pokok-poko yang ade sekeliling tu pn aku sapu gak(mati la aku kena marah ngn mak)

tempat letak tong sampah



bukan nak g merempit ye

Ha,mesin rumput ni pun mementingkan keselamatan.Yang paling penting kawasan muka dan mata tw x,kalau masuk rumput dalam mata boleh lumpuh satu badan.X hensem da la aku kalau lumpuh...iskh..iskh..iskh..
Hanya seseorang yang badan tegap,kacak dan berjiwa besar je boleh melakukan tugas memotong rumput ni.Tengoklah contoh kat atas tu,camtu lah sebenarnya seorang pemotong rumput yang berkaliber dan berjaya.

2 jam aku mesin rumput tp cuma kawasan depan umah je yang da siap.Esok aku sambung lagi untuk kawasan belakang umah plak.rumput belakang umah lagilah besar2 cam pokok balak 500 tahun.Masak aku!

Pukul 10 aku berenti sebab minyak da abis.hahaha.kalau minyak banyak lagi aku sambung lagi tp tu la masalahnye,minyak abis.hmm.X adventure la 2 jam je bekerja.hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.."Esok ko kasi siap belakang umah ye Fauzi,selagi xsiap jangan berenti"........dari jauh suara ibunda kedengaran..hahaha.Sekian.

Thursday, February 3, 2011

Keboringan Tahap Gaban!

Aku tengah boring giler2 sekarang ni.jadi dalam boring-boring ni,aku amik la gambar disekeliling umah.Dan ade banyak gambar yang menarik dan ade jugak gambar yang sangat memalukan.hahaha.Waktu ni menunjukkan pukul 11 malam dan rumah aku sunyi sepi je sebab ramai yang da tido.Cuma abang belom tido,die melayan citer terowong casablanca,aku layan komputer je.hehehe

Aku upload la beberapa gambar yang x berapa malu laa..gambar bawah ni ialah katil dalam bilik adik aku ngn abang aku..Setahu aku,abang aku tengah tengok tv citer hantu tp mane adik aku.Die x tengok tv pn tp mane die menghilang ni.Alamak!!abis la aku kena marah nanti.Tengok kat bilik kosong je.Tengok je ka katil diorang,bersepah cam orang bujang,orang bujang pn x camtu tw x.Punye la bersepah,entah bangkai kambing ade kot bawah katil tu.nasib baik bilik aku kemas.hehehe.


OOOoooooooo...patutla aku cari kat bilik xde,rupenya adik aku....


TU die badak air tengah buat air liur depan tv....

Kesian wahai adikku,kenapa tido luar ni??yang aku tanye orang tido buat ape..
aku pn tanye abang aku....hahahahahahahahaha...
Rupa-rupanya die takut nak tido bilik..hahaha..yela,kan abang aku tengah tengok citer hantu,
die ni 10 tahun tp penakut macam aku dulu2..hahaXpelah,nanti aku angkat la masuk bilik,
Tp larat ke??ah!aku kejut je lah,pandai la die jalan sendiri.haha.

Kesian adik aku,lain kali jangan tengok citer hantu gak.kuikuikui.




Selingan je la,

Ini Jam aku Brand smash
mahal ni,Rm230

Jam dan rokok teman ketika bosan

Maka dengan ini,aku ucap selamat malam kepada semua.Goodnite,Sweetdreams,take care(teringat ayat org yang aku sayang ketika tiba waktu nak tido)

The Green Bee-"Lebah Hijau"

Aku baru je selesai menonton "wayang" dengan screen sebesar 21 inci bersoundkan Dolby Surround Digital di Felda Selancar 3.Filem yang aku tengok ialah The Green Bee(Hornet) lakonan Seth Rogan ngn pelakon Taiwan,Jay Chou.Aku kasi title The Green Bee pasal aku tergelak kat Britt Reid(Seth Rogan) masa die nak namakan superhero yang membuat onar kat negara die..ade ke patut die bagi nama "green bee"..hahahaha..x komersial langsung.hahaha.mujur la ade pembantu die ni,Kato(Jay Chou) bagi nama sedap sikit,green hornet..kahkah..


Citer ni mula-mula aku x paham sangat pasal subtitle die sebiik-sebijik translate bahasa omputih(biasalah,DVD pirate punya).Pastu aku tukar subtitle english,paham la sikit..Kisahnye pasal Britt ni seorang anak orang kaya tp bengap,suka bersosial dan x tw menahu mengenai syarikat bapak die ni.haha.aku penah tengok Seth Rogan berlakon dan die ni memang x sesuai la berlakon filem aksi camni.Kenapa?hahahaha..sebab sepanjang aku tengok filem die,die ni kelakar ar.Dalam citer ni die jadi superhero.sepatutnya penuh aksi serius tp jadi citer aksi kelakar.hahaha.



Dan nak dijadikan cerita,penjahat yang berlawan ngn Britt ni pn aku rasa bongok cam pisang gak.Same-same kelakar.hahaha.Ade ke patut nak jadi penjahat dan nak menyamar supaya orang x cam muka.Korang tw die tutup muka pakai topeng ape??die pakai topeng penutup gas tu.hahaha..cari la topeng yang smart sikit,x nampak ganas langsung penjahat camni.


ni la topeng penutup gas tu.kahkah.



Citer ni aku memang suspect kat Jay Chou la..Die ni memang power la,skill kungfu die and macam-macam lagilah.Die boleh buat macam-macam,buat kete,buat senjata,buat kopi and x hensem sangat la.hahaha.

Btw,citer ni memang sangat menyeronokkan dengan aksi-aksi dan peralatan yang canggih.Kalau la benda camni betul wujud dan dicipta khas untuk aku je,aku lah manusia paling hensem kat dunia ni.hahaha.Tp mustahil la nak dapat benda camtu,kena kaya dulu la jek.



Aku rasa citer ni baru je ditayangkan kt panggung kan?tp aku cukup pelik dan hairan,sekejap je DVD cetak rompak berada dipasaran.Wah,rezeki aku la kot sb aku g segamat ari ni(x banjir da).hahaha.


ape-ape pn citer ni memang seronok dan x bosan la kalau korang semua tengok.X rasa rugi pn kalau tengok kat panggung.aku just tengok kat umah je,x puas pun.Rasa nak tengok kt wayang la pulak.Kepada yang berminat untuk pinjam DVD ni,dialukan datang umah aku,aku kasi pinjam tp sewa sejam RM10..hahaha..Citer ni berdurasi 1 jam 58 minit and kalau aku bagi pinjam RM20 la(untung Rm13 sb aku beli Rm7 je).hahahaha.

p/s:x baik tengok yang cetak rompak,beli yang original la.tp kalau da tertengok tu,nak buat camne kan.hehe

Jalan-jalan cari Angin,buang angin!

Waa..masuk hari ni da 3 hari Selancar tak hujan.Kalau x,hujan x henti-henti sampaikan jalan masuk pn banjir.Sekarang jalan masuk ke Selancar da dibuka untuk pengunjung yang nak melawat Selancar yang indah ni.


Jalan masuk Selancar selepas banjir



Ni bukan rumah peneroka,ni rumah terbiar

So,aku pn bercadang la berjalan-jalan sekejap mengelilingi kampung halaman.Wah!memang banyak berubah..banyak tanah runtuh,jalan banyak rosak,air sungai kotor and budak-budak remaja sekarang da pandai merempit siap buat gaya "superman" lagi tu..wah,dahsyat!!

Aku berjalan naik motor taw x.Kat sini jem and trafic light penuh sebab tu aku naik motor(tipu je)..hahaha.Aku rasa kenderaan rasmi masyarakat kt sini motor je..ha,bukan xde kereta ke pacuan empat roda tp motor lebih memudahkan pergerakan.Yela,bukan nak g majlis kebesaran pn.


Apa yang seronok,kat sini ramai budak-budak yang balik kampung diorang(selancar ni la) yang kebanyakan mak bapak diorang keje bandar kelihatan sangat pelik bila berada di selancar ni.Aku tengok diorang seronok semacam je,jumpa aya terjerit-jeri,jumpa itik lagi menjerit,jumpa kambing MasyaAllah,macam x pernah jumpa kambing..Biasala kan orang bandar.hahaha.Kebanyakan budak-budak kat sini semuanya cucu-cucu peneroka Felda ni.Aku ni boleh dikatakan anak jati selancar la,semau selok belok selancar aku tw.

So,sape-sape yang berminat nak buat percutian kt sini boleh la hubungi aku,mane yang nak rasa suasana kampung boleh la datang sini sebab kat sini memang kampung betol lah,udara segar,orangnye baik-baik dan aku sangat suka sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh masyarakat Felda.

Walaupun aku tw ade jugak yang kutuk Felda ni mundur lah,x maju lah,kampung lah dan macam-macam lagilah tp kami hidup bagaikan sebuah keluarga.Kalau x maju mane aku dapat internet ni,macam mane budak-budak 10 tahun pn da pakai i-phone.ha,kira Felda ni maju kehadapan jugak la.hahaha.
Lagi satu,Felda selancar ade jambatan gantung!!



tp da runtuh sb banjir..kahkahkahkah.





Zaman-zaman muda mudi

Bila da besar ni aku terasa sangat kesunyian yang melanda.Semakin besar aku dapat rasakan semakin besar tanggungjawab yang bakal aku pikul nanti.Aku sekarang da 21 tahun,rasa macam baru semalam je aku amik SPM,tw2 da 4 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Zaman kanak-kanak x yah cakap la,10 tahun lebih da aku tinggalkan.Bak kata seorang ulamak,benda yang paling jauh dengan kita adalah masa yang da berlalu.Bila teringat zaman kecik-kecik dulu memang seronok,kalau boleh aku nak kembali ke zaman dulu.hehehe..seronoknya.


Aku ingat lagi,masa kecik-kecik dulu,aku berkawan je dengan semua orang.laki ke perempuan ke yang penting mereka adalah kanak-kanak seperti aku.Jiran-jiran aku ramai yang sebaya dan hampir sebaya dengan aku dan aku masih ingat kami pernah main bersama.Perkara yang aku xleh lupa ialah main masak-masak.Ni memang feveret aku gak masa ni,mane x nye,mase kecik-kecik ni la nak cuba segala benda yang ade kt tanah,pokok,daun,ranting,pasir,tanah dan batu dijadkan bahan masakan kami.hahaha.memang seronok.da siap main masak-masak,kitorang main plak mak ayah,aku suka jadi anak.boleh manja-manja.hahaha.

Zaman kanak-kanak aku memang lama gak la.Seingat aku masa umur aku 5 tahun mak aku da lepaskan aku bergaul dengan kawan tanpa pengawasan mereka.Biasa la kampung kan,mane ade orang nak culik.haha.Masa zaman kanak-kanak dulu,setiap permainan yang dimainkan mengikut musim dan berubah-rubah.Aku ingat aku suka main gasing gak masa tu.Main gasing ni best bukan ape sebab boleh pangkah gasing member kita.Aku ni dulu champion gasing kt kampung aku(pernah kot).Gasing ni banyak jenis cara main die,main pangkah,main sapa paling lama pusing main geng dan macam2 lagi.Tp kenangan yang x leh dilupakan ialah masa aku darjah tiga,"kulit lebih" aku dipotong oleh tok mudim.Masa tu plak musim budak-budak tengah ligat main gasing.Aku gian gila nak main,hari kedua lepas sunat tu,aku pakai seluar terus pastu terus join main gasing.Mak aku x tw pn.haha.Masa tu ramai gak sebaya aku sunat dan ramai gak yan macam aku,gian sangat then join sama gak.Ha,masa main ni lah berlaku kejadian yg x diingini,"anu" member aku yg sama cam aku telah terkena gasing terbang..hahaha..ha,meraung la die,tu la,spe suh nak main gak.haha.Tp xpe,sekarang ni aku tengok die punye gak yang power,x cacat pn.hahaha.
Ha,ni pulak permainan yang paling seronok dan x bosan untuk dimainkan.Aku rasa aku pernah main sampai malam kot.MAIN GULI!!hahaha..Main guli ni memang mencabar kehebatan seseorang.Guli memerlukan kemahiran atau kehebatan menuju sasaran dengan tepat.Aku memang suka main ni sebab aku tw sejak dari ayah aku lagi family aku memang champion kalau main sasaran ni.Pernah banyak kali aku berjaya mengumpul guli sampai beribu-ribu dan pernah juga aku bangkrap.Kalau korang nak tw,guli ni pn ade bermacam-macam jenis cara main,main jepun,main pulun(pungut),main lubang and macam2 lagi lah.banyak sangat,aku pn da lupa la..

Dan kemuncak segala permainan,bila kitorang semua da penat,panas dan letih,kitorang akan menuju ke sungai Selancar 3 untuk mandi manda.Time tu ade tempat dalam n cetek.Seingat aku,aku pandai berenang masa umur aku 10 tahun dan sejak tu aku memang mandi kt tempat dalam je la.Sebelum tu mandi kt tempat paras dada ayam je.hahaha.Buaya?mane ade buaya kt sini,ikan banyak la,sambil mandi sambil mancing.Memang best.


Semua tu aku akan kenang sampai bila-bila.Dan sekarang aku sedih sangat sebab kanak-kanak sekarang langsung xde pn yang dapat merasai zaman seperti aku ni.Mane ade dah budak main guli,main gasing,mandi sungai dan macam2 lagi.Sedih dan kesian kt diorang sebab diorang x dapat melalui zaman kanak-kanak yang sebenar.Diorang sekarang da moden.Umur 5 tahun da terer komputer.Aku dulu 5 tahun mane tw komputer tu ape.hahahahahah..

Wednesday, February 2, 2011

Susah Ke Senang Jadi Babysitter?

aku ingat cuti ni aku nak rehat cukup kat umah.x perlu buat kerja dan beristirehat dirumah ibarat raja tp semua tu x terjadi sebab kt rumah aku ade sorang baby yang baru je lahir.baby ni anak buah aku,die anak abang aku..adoi!kalau baby ni pandai buat kerja,pandai tido sendiri ke pandai makan sendiri pandai buat susu xpela.senang sikit kerja aku tp masalanye die ni baby.biasa la kan,baby mane tw buat ape2.keje die tido je pastu merengek.

Dan kalau korang nak tw,kt umah aku xde sorang pn adik beradik pompuan dan aku cuma mengharapkan mak aku je tolong jaga.Sebenarnya,abang aku ngn bini die keje.sorang kat Melaka sorang lagi kat Penang,diorang xde masa la nak jaga anak diorang ni.So,diorang letak la anak diorang kt mak ayah aku.Hal ini akan menyebabkan aku terlibat sama. Mak aku seorang ustazah disekolah agama dan banyak urusan di sekolah.Maknanya.....tugas menjaga rumah dan baby adalah jadi tugas aku.cet!nak harap adik aku,sampai bila-bila pn xjalan ar.

So,aku pn terima la tugasan ni,aku jaga dengan ikhlas hati.Mula-mula aku ingat senang je jaga baby sebab aku ingat bagi je la susu kt die konfem die tido punye lah tp ni lain punye cerita.Baby ni kalau tido aku memang seronok tp kalau die terjaga konfem aku x seronok.Pasal apa?pasal die ni kalau bangun mesti nak susu..Aduh!aku da la malas nak buat susu baby ni,xtw nak sukat berapa banyak susu and air panas.aku bantai ngn air sejuk je.hahaha.elok juga aku tengok die minum.haha.Lagi satu,kalau bangun pastu nangis pastu bagi susu pun nangis jugak,,ha,x lain x bukan,konfem berak la tu.Ah!lantak ar,aku x kan basuh berak baby sampai la mak aku balik..hahaha.sekadar melihat di celah pampers je bentuk taik baby ni.hahaha.
Tp dalam susah senang menjaga baby ni,aku tetap rasa seronok gak.Bukan apa,baby kan kecik,cute..kulit pn lembut.seronok ar pegang,main kulit die,cium-cium die.geram!!!Aku paling suke main ngn baby ni lepas die mandi.aku memang suke giler..nak taw kenapa?sebabnya baby ni kalau lepas mandi wangi giler.nak2 lagi bila diletak minyak cina tu,minyak yuyi cap limau.memang harum semerbak.Bila da bau camni,konfem aku kacau la baby ni.selagi die x nangis selagi tu aku kacau die.memang comel!!hahaha

Walaupun ini bukan lah pengalaman pertama aku menjaga baby ni tp aku sememangnya akan menolak bila disuruh jaga baby.Oleh disebabkan terpaksa lah,aku jaga gak.Baby memang kuat tido.sehari aku rasa baby perlukan 12-14 jam untuk tido(ye kot).Time die tido ni lah time paling seronok buat ibu2 kerana time ni lah mereka nak berehat,buat kerja sendiri,memasak dan macam2 lagi.Walaupun kehadiran baby ni membuatkan banyak masa kita menjadi terhad namun kehadiran mereka ni lah pelengkap sebuah keluarga yang bahagia dan lagi satu,orang perempuan memang perlu ade setiap masa disaat baby dilahirkan..hahaha.Hargailah mereka.

Reaksi artis tentang seksi?kalau ikut agama x myself lah saya..



Hayati video ni,tengok dan dengar betul2,
Diorang dah x takut balasan akhirat nanti,
Jadikan IDOLA ye,
Bila ditanya kt akhirat nanti jawab macam ni ye.
ALHAMDULILLAH family support saya seksi.

Riba' atau tak?

Lagi 2 tahun setengah je lagi aku nak abis belajar dan selepas itu aku akan cari ape yang sepatutnya dimiliki oleh orang cam aku. Semestinya first duit gaji yang tertunggak aku nak cari kete sebijik. Kalau boleh nak la kete baru dan besar yang boleh bawa mak ayah aku jalan-jalan.Proton pn jadilah..hehehe.



Tapi kereta sekarang ni bukannya harga seribu dua ribu and bukan leh beli dengan air liur je.Paling kurang harga kete baru sebijik Rm40 ribu..wahahaha..mane gua nak cari money camni.Ok,abang aku cakap buat ar loan.Ko kan kerja government,senang je loan nak lepas.Itu memang aku setuju sangat la.Abang aku pn buat loan gak dan die pn keje kerajaan,senang je loan die lepas.Aku pn da set da,xyah risau pasal kete lepas ni,loan konfem lepas.haha.
Tp pada suatu hari,masa ni aku ade kelas ngn lecturer aku,Ustaz ni,ade PHD perubatan islam,dia ajar TITAS(tamadun islam).Ustaz ni memang banyak citer ar,memang seronok kelas ngn die,x ngantuk,x boring dan x lapuk dek hujan.Tiba-tiba die bukak citer pasal loan kete lah,loan rumah lah dan bermacam-macam lagi loan yang dibuat oleh bank-bank di Malaysia.Korang nak tw x ape die cakap...Pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh pihak bank ni kebanyakannya mempunyai unsur riba'.Aku tanye ustaz tu,macam mane ade unsur riba' plak ustaz?Die jawab dengan tenang,pinjaman yang bank bagi tu kan mempunyai interest(bunga) apabila kita nak bayar balik dan bunga yang dikenakan sangat tinggi.Ade la dalam beberapa peratus entah.Selain bunga,bank ade jugak mintak beberapa lagi fees spt processing fee dan cukai perkhidmatan.Sepatutnya cukai perkhidmatan yang bank mintak tu pn da cukup banyak lepas tu ade ke nak letak interest lagi..ha,tu la yang dikatakan riba'..ooooooo..
Lepas tu,aku tanye ustaz beli kete camne?hahaha(aku saje nak bagi die x terjawab)..Ustaz tanya aku balik,awak tengok saya pakai kete ape?aku jawab,kete honda yang buruk tu..hahaha..ustaz pn bagitw die beli kete honda buruk die tu dengan harga RM10 ribu je dan die beli cash and carry..fuiiyoo..kaya ustaz.haha.Die ceramah kt kitorang,kalau nak beli kete ke kumpul duit dulu dan bila da cukup beli cash terus.hahaha.Ha,pastu member aku tanye,kete toyota corrola altis yang ustaz jarang pakai tu beli camne?hahaha..Die jawab dengan tenang lagi,kete tu bukan die punya,kete tu pak sedare die punye yang belajar kt oversea..die tolong jaga dan pakai je.haha.
Last sekali,ustaz ni cakap,kalau betul nak buat loan buat kt bank islam je sebab bank tu hanya kenakan caj perkhidmatan je.Ok lah ustaz,terima kasih banyak2.

*aku tengok bank islam punye caj perkhidmatan peratus die sama je dengan bank yang ade interest.ape pn,aku pn xtw la nak cakap ape.aku rasa nanti aku sebat je kot.hahaha

Tidur Sakan


Assalamualaikum sahabat....
hahahaha..hari ni aku cipta sejarah lagi.sejarah ni x pernah2 dibuat oleh aku.aku tido sakan hari ni start pukul 2 td sehinggalah pukul 5.30 ptg.perh!!memang best giler beb tidur petang2 ni.
Sebenarnya aku ni memang jenis susah tidur dipetang hari tp dipagi hari ok la..haha.Hari ni aku rasa mengantuk sangat ar,mungkin sebab aku bangun awal kot agi tadi..hahaha..Di tambah plak lepas makan kan,memang ngantuk la.
Sebenarnya mengikut apa yang aku tw(aku sekolah agama dulu) tidur petang ni x berapa elok la.Ape ekk orang kata tidur petang ni mewarisi kegilaan!!ha,mewarisi gila tu wei..Tp mengikut pengalaman aku tidur petang ni,rasa macam orang gila gak bila terjaga..Korang mesti penah rasa apa yang aku rasa kan?kan?
Bila bangun je rasa macam waktu pagi kan?ha,lagi satu,fenomena tido petang ni boleh buat aku rasa macam nak tido lagi je.macam-macam benda pelik aku mimpi,tido malam xde plak rasa camni.Seingat aku,tadi aku mimpi pasal aku tengah shoping kt shoping mall yang tahap keselamatan dia tersangat teruk.Susah ar nak citer camne tp ngeri jugaklah kalau shoping kt shoping mall ni.

Ok,ok.Tidur siang yang menjadi sunnah ialah ni:

Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin telah berkata: Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.

So,maksudnya nak tido kenalah bangun sebelum zohor(bukannye tido malam tadi bangun sebelum zohor) dan dalam jangka masa 15-30 minit camtu.Jangan tido selepas zohor sampai la selepas asar pn x bangun lagi.ish3!ular sawa pun x camtu.

Jadi sekarang ni jangan la tido di waktu petang da.Kenapa?

1) pertumbuhan dan perkembangan korang bertambah kerana hormon pertumbuhan banyak waktu petang sebab tu baby suka tidur petang.hehe..bagus untuk tumbesaran tp xkan korang nak besar Giant kot

2) Cepat gemuk sebab tido petang ni konfem lepas makan kan?perut kenyang,hati juga senang macam bujang senang

3) Solat wajib lima waktu ditinggalkan ataupun dilambatkan.Berdosa tw x,kadang-kadang tu maghrib da nak masuk baru la nak solat asar.Ini la orang panggil solat kembar,lepas asar maghrib plak.

4) Bila tido petang konfem malam kita segar bugar je.yela,da cukup rehat.Then,berlakulah tido lewat lah,x leh tido lah dan pagi nanti susah nak bangun,lesu dalam kelas.kan x elok tu.

5) kepala rasa banyak bintang je,mata sepet dan pening-pening sikit kan?aku rasa la tadi.haha

6) ha,bila da bangun mesti terus mengadap komputer untuk update blog..cam ku kenal je orang itu tp dimana ya?..ape la,lepas bangun tu,g la basuh muka ke,solat asar ke ni x,blog je ko tw.haha

7) carik makanan semula..hahaha.da la sebelum tido da makan,lepas tido pn nak makan lagi.memang gemuk la sape tido petang ni.

So,moral of the story,janganla tido petang da.

1 Juta..............

Memang x dapat dinafikan,pengguna facebook di dunia sekarang ni lebih kurang 500 juta orang(yeke?).Rakyat Malaysia saja hampir 5 juta menggunakan facebook.Mungkin pada masa akan datang seluruh orang kt Malaysia ni pandai main facebook,mane tak nye,budak umur 10 tahun pn da pandai bersosial network da sekarang ni(adik aku..hahaha).
Maka,aku pasti banyak da group yang dicipta di facebook dengan sasaran mereka 1 juta orang..wahahahaha...kelakar plak aku tengok.
Tengok saje lah list group yang dicipta pleh admin-admin yang bangang untuk mencapai 1 juta orang..hahaha












Ha,sape2 yang berminat nak cukupkan satu juta sila lah join group kt atas ni,aku sediakan link sekali..hahaha..semua yang aku tengok kt atas ni,xde satu pun yang sampai 1 juta,100 ribu pn susah nk dapat..ape la korang ni,support la group yang di cipta oleh admin-admin yang hebat tu..hahahaha.

Paling bongok no 11 tu,kiamat hanya Allah je yang tw,kita x yah nk kumpul fans la.Biakan je la Omputih tu nak reka citer ke ape ke,kita persiapkan diri kita sb kita semua tetap akan mati.

Kita Satu Bangsa Kita Satu Negara

Hayatilah lagu ni.memang best...
Budak-budak Lim Kok Wing punya kerja.kreatif dan inovatif.

Kita satu bangsa kita satu negara,kita satu matlamat....ooooo..



Dunia kian berubah1malaysia 125x125 Lirik dan Video Lagu Satu (1) Malaysia
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia


Menarik Mengenai Gigi


  1. Ikan lumba-lumba menggunakan gigi mereka untuk memahami saja, bukan untuk mengunyah kerana rahang ikan lumba-lumba tidak memiliki otot.
  2. Setiap tahun, pada 20 September merupakan hari cuti umum di China, hari tersebut merupakan "Hari Cintakan Gigi ". Hebat x diorang?
  3. Berat gigi geraham gajah hampir 4 kilogram dan saiznya hampir 7 "persegi.
  4. Di Jerman, pada Abad Pertengahan, mencium keldai adalah satu-satunya rawatan untuk sakit gigi.
  5. Orang Yunani zaman Purba adalah orang yang pertama menemui tang/pliers gigi
  6. Di Amerika Syarikat, wanita pertama yang mendapat ijazah doctor pergigian ialah Lucy Hobbs dari Ohio college of Dental surgery pada tahun 1866.
  7. Anda dapat menghasilkan lebih sepuluh ribu galon air liur sepanjang hidup anda.
  8. Anda mengambil 26 kalori dari jumlah keseluruhan kalori dalam badan hanya untuk satu minit ciuman.
  9. Ikan jerung mempunyai tiga baris gigi tajam di kedua-dua rahang mereka dan mereka boleh menukar hampir empat puluh set gigi dalam seluruh hidup.
  10. Enamel yang melindungi gigi anda merupakan tisu yang paling keras dalam badan kita.
  11. Kebanyakan orang lebih suka menggunakan berus gigi warna biru daripada merah!
  12. Tidak seperti manusia, sekiranya seekor buaya kehilangan satu gigi,gigi yang baru akan tumbuh dengan cepat untuk menggantikan gigi yang hilang.Fuh!tajamnye.
  13. Berus gigi anda menggunakan 2500 bulu yang dikumpulkan dalam 40 jonjot.
  14. Sebenarnya, bulu berus gigi diperbuat dari bulu lembu.
  15. Karies gigi adalah satu penyakit kronik yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
  16. Benang gigi komersial pertama dibuat pada tahun dari 1882
  17. Menurut Guinness World Records 2002, Sir Isaac Newton memiliki gigi yang paling berharga sepanjang zaman, giginya Berjaya dijual dengan harga $ 3,633.00 pada tahun 1816. Selain itu,giginya juga dibuat cincin.
  18. Plak gigi anda mengandungi lebih 300 spesies bakteria.
  19. Jumlah gigi haiwan sangat menakjubkan, anjing mempunyai 42 gigi, kucing mempunyai 30 gigi, babi mempunyai 44 gigi, dan armadillo mempunyai 104 gigi.

p/s:sape2 rasa gigi die mahal,try la jual kt pasaran gelap.sekarang ni orang bukan setakat jual beli organ,gigi pn orang cari..haha