perwiraku!!

Thursday, February 3, 2011

The Green Bee-"Lebah Hijau"

Aku baru je selesai menonton "wayang" dengan screen sebesar 21 inci bersoundkan Dolby Surround Digital di Felda Selancar 3.Filem yang aku tengok ialah The Green Bee(Hornet) lakonan Seth Rogan ngn pelakon Taiwan,Jay Chou.Aku kasi title The Green Bee pasal aku tergelak kat Britt Reid(Seth Rogan) masa die nak namakan superhero yang membuat onar kat negara die..ade ke patut die bagi nama "green bee"..hahahaha..x komersial langsung.hahaha.mujur la ade pembantu die ni,Kato(Jay Chou) bagi nama sedap sikit,green hornet..kahkah..


Citer ni mula-mula aku x paham sangat pasal subtitle die sebiik-sebijik translate bahasa omputih(biasalah,DVD pirate punya).Pastu aku tukar subtitle english,paham la sikit..Kisahnye pasal Britt ni seorang anak orang kaya tp bengap,suka bersosial dan x tw menahu mengenai syarikat bapak die ni.haha.aku penah tengok Seth Rogan berlakon dan die ni memang x sesuai la berlakon filem aksi camni.Kenapa?hahahaha..sebab sepanjang aku tengok filem die,die ni kelakar ar.Dalam citer ni die jadi superhero.sepatutnya penuh aksi serius tp jadi citer aksi kelakar.hahaha.



Dan nak dijadikan cerita,penjahat yang berlawan ngn Britt ni pn aku rasa bongok cam pisang gak.Same-same kelakar.hahaha.Ade ke patut nak jadi penjahat dan nak menyamar supaya orang x cam muka.Korang tw die tutup muka pakai topeng ape??die pakai topeng penutup gas tu.hahaha..cari la topeng yang smart sikit,x nampak ganas langsung penjahat camni.


ni la topeng penutup gas tu.kahkah.



Citer ni aku memang suspect kat Jay Chou la..Die ni memang power la,skill kungfu die and macam-macam lagilah.Die boleh buat macam-macam,buat kete,buat senjata,buat kopi and x hensem sangat la.hahaha.

Btw,citer ni memang sangat menyeronokkan dengan aksi-aksi dan peralatan yang canggih.Kalau la benda camni betul wujud dan dicipta khas untuk aku je,aku lah manusia paling hensem kat dunia ni.hahaha.Tp mustahil la nak dapat benda camtu,kena kaya dulu la jek.



Aku rasa citer ni baru je ditayangkan kt panggung kan?tp aku cukup pelik dan hairan,sekejap je DVD cetak rompak berada dipasaran.Wah,rezeki aku la kot sb aku g segamat ari ni(x banjir da).hahaha.


ape-ape pn citer ni memang seronok dan x bosan la kalau korang semua tengok.X rasa rugi pn kalau tengok kat panggung.aku just tengok kat umah je,x puas pun.Rasa nak tengok kt wayang la pulak.Kepada yang berminat untuk pinjam DVD ni,dialukan datang umah aku,aku kasi pinjam tp sewa sejam RM10..hahaha..Citer ni berdurasi 1 jam 58 minit and kalau aku bagi pinjam RM20 la(untung Rm13 sb aku beli Rm7 je).hahahaha.

p/s:x baik tengok yang cetak rompak,beli yang original la.tp kalau da tertengok tu,nak buat camne kan.hehe

No comments:

Post a Comment