perwiraku!!

Friday, February 4, 2011

Aktiviti di Kampung

Hari ni hari jumaat,esok hari sabtu dan kemudian hari ahad.Hari ahad aku x berapa suke la nak-nak bila ahad minggu last cuti.Letih dan penat ar nak balik semula ke maktab. Walaupun maktab adalah tempat yang menentukan masa depan aku tp bla da berada kat umah terlalu lama,jiwa ni automatik rasa x best,x tenang and malas nak kembali kesana.Tp nak xnak aku terpaksa balik jugak.

Dan seperti biasa la,sebelum aku akan ke maktab tempat menuntut ilmu,aku akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan masa yang sedikit ni dengan melakukan aktiviti di Selancar yang indah ni.Sejak mula cuti ari tu,aku x kuar umah langsung sebab hujan la.Dan sekarang dah 4 hari berturut hujan xda mari,aku akan bersiar-siar seluruh selancar termasuk selancar 1,2,3 hingga selancar 10.

Untuk melengkapkan sisa-sisa keseronokan aku di Selancar ni,aku akan join belia-belia felda selancar dengan aktiviti riadah diwaktu petang.setiap petang diorang ni akan main bola,sepak takraw and golongan emas juga x lepaskan peluang,diorang pn turut sama memenuhi stadium selancar 3 dengan bermain petanque.Kalau nak main bola,mane cukup angin orang-orang emas ni.haha.

Sebenarnya,kt kampung ni banyak aktiviti la,banyak la dengar cerita felda ni kawasan penagih dadah lah,kes khalwat lah dan macam-macam lagi prasangka buruk orang terhadap kami ni.Tp sebenarnya disinilah tempat belia-belia yang "tanam anggur" memupuk nilai-nilai murni yang baik.Tiap petang mane ade aktiviti melepak,main motor.Selancar sekarang ni banyak perubahan,aku bangga jadi warga disini.

Aku suka anak muda sini,ramai jugak yang pergi masjid x kira waktu solat,pagi petang siang malam konfem ade orang muda g masjid.X perlu la berprasangka buruk terhadap belia di felda,mereka juga ada wawasan.Ha,selancar 3 ni ade 2 orang wakil belia yang dah dilantik jadi imam besar,masa solat tarawikh diorang la imamkan.

Jadi,orang kampung x risau da dengan generasi yang akan datang sebab ade dah yang berkebolehan.setiap kali kenduri,kalau ade marhaban,orang-orang muda jugaklah yang lead marhaban tu.Sedap je aku dengar,merdu mendayu-mendayu.

Hehehehehe....kalau boleh aku nak jadi gak salah seorang yang berkebolehan camtu tp masa aku x lama disini,aku hanya akan ada kt sini time cuti je.So,aku akan ikut mane yang berkesempatan je. Malam ni ade futsal tournament dan aku pn join sekali.Pasukan aku mesti menang sebab aku kan hebat.hahahaha.Manakala esok pulak ade friendly bola sepak antara belia selancar 3 dengan cikgu-cikgu sekolah.hahaha.memang lauk la cikgu-cikgu sekolah tu.Selancar3 ni merupakan pasukan bola sepak yang terkuat di zon chanis ni(selancar dalam zon chanis).

Jadi,petang ni aku akan turun bermain dan berlatih bola sepak bersam mereka.Kepada sape-sape yang berminat nak menonton friendly ni,jemputlah datang ke stadium selancar 3 ni,tiket free je tp kalau nak bayar pn boleh gak.Ha,kalau nak tengok live,bukak astro arena,pukul 5.30 petang esok ea.Mungkin ade live kot,kalau xde tu,astro arena x mampu la tu nak bayar sewa kat selancar 3.Biasalakan,friendly international ni.hahahaha.akhir kata,sokonglah team selancar 3 dan majulah sukan untu Felda.

-Goodluck semua-


No comments:

Post a Comment