perwiraku!!

Wednesday, February 2, 2011

Tidur Sakan


Assalamualaikum sahabat....
hahahaha..hari ni aku cipta sejarah lagi.sejarah ni x pernah2 dibuat oleh aku.aku tido sakan hari ni start pukul 2 td sehinggalah pukul 5.30 ptg.perh!!memang best giler beb tidur petang2 ni.
Sebenarnya aku ni memang jenis susah tidur dipetang hari tp dipagi hari ok la..haha.Hari ni aku rasa mengantuk sangat ar,mungkin sebab aku bangun awal kot agi tadi..hahaha..Di tambah plak lepas makan kan,memang ngantuk la.
Sebenarnya mengikut apa yang aku tw(aku sekolah agama dulu) tidur petang ni x berapa elok la.Ape ekk orang kata tidur petang ni mewarisi kegilaan!!ha,mewarisi gila tu wei..Tp mengikut pengalaman aku tidur petang ni,rasa macam orang gila gak bila terjaga..Korang mesti penah rasa apa yang aku rasa kan?kan?
Bila bangun je rasa macam waktu pagi kan?ha,lagi satu,fenomena tido petang ni boleh buat aku rasa macam nak tido lagi je.macam-macam benda pelik aku mimpi,tido malam xde plak rasa camni.Seingat aku,tadi aku mimpi pasal aku tengah shoping kt shoping mall yang tahap keselamatan dia tersangat teruk.Susah ar nak citer camne tp ngeri jugaklah kalau shoping kt shoping mall ni.

Ok,ok.Tidur siang yang menjadi sunnah ialah ni:

Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin telah berkata: Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.

So,maksudnya nak tido kenalah bangun sebelum zohor(bukannye tido malam tadi bangun sebelum zohor) dan dalam jangka masa 15-30 minit camtu.Jangan tido selepas zohor sampai la selepas asar pn x bangun lagi.ish3!ular sawa pun x camtu.

Jadi sekarang ni jangan la tido di waktu petang da.Kenapa?

1) pertumbuhan dan perkembangan korang bertambah kerana hormon pertumbuhan banyak waktu petang sebab tu baby suka tidur petang.hehe..bagus untuk tumbesaran tp xkan korang nak besar Giant kot

2) Cepat gemuk sebab tido petang ni konfem lepas makan kan?perut kenyang,hati juga senang macam bujang senang

3) Solat wajib lima waktu ditinggalkan ataupun dilambatkan.Berdosa tw x,kadang-kadang tu maghrib da nak masuk baru la nak solat asar.Ini la orang panggil solat kembar,lepas asar maghrib plak.

4) Bila tido petang konfem malam kita segar bugar je.yela,da cukup rehat.Then,berlakulah tido lewat lah,x leh tido lah dan pagi nanti susah nak bangun,lesu dalam kelas.kan x elok tu.

5) kepala rasa banyak bintang je,mata sepet dan pening-pening sikit kan?aku rasa la tadi.haha

6) ha,bila da bangun mesti terus mengadap komputer untuk update blog..cam ku kenal je orang itu tp dimana ya?..ape la,lepas bangun tu,g la basuh muka ke,solat asar ke ni x,blog je ko tw.haha

7) carik makanan semula..hahaha.da la sebelum tido da makan,lepas tido pn nak makan lagi.memang gemuk la sape tido petang ni.

So,moral of the story,janganla tido petang da.

2 comments: